TIPS BERGUNA NAK MASUK ASRAMA

Hello adik2 , kakak2 dan abang2 yang dah masuk atau nak masuk asrama . Tak kisahlah asrama kat sekolah ke , kat U ke atau kolej , kat IPG ke , tolong ingatkan diri kita agar tak terlalu riak / sombong dan terlalu ghairah masuk asrama . Kena ingat tau , kita jauh dari parents . Apa2 jadi kita tahu dulu sebelum depa tau . Beberapa bulan sebelum duduk asrama , tuntutlah ilmu yang boleh tolong hang nanti . Bukan ilmu hitam , putih atau biru . Ilmu yang bermanfaat . Yang paling penting , jangan lewat2 kan masa . Tak baik . Takut terjadi apa2 nanti . Sebab tu mak kat rumah marah bila kita suka lambat2. Hang tak tau azab kat asrama lagu mana .

#TIPS PERTAMA 

Rajinkan diri bersembang dan bercampur dengan pak guard dan makcik tukang sapu. Mereka banyak tahu 'rahsia' kelas,dorm atau koridor. Pak guard boleh buka cerita tentang suara orang menangis dan menjerit malam-malam pukul 3 pagi. Dia tahu bilik mana ada budak bunuh diri.Makcik tukang sapu tahu kat koridor mana ada budak kena histeria dan lompat dari tingkat tiga, jatuh bawah kepala bersepai. Dia tahu.Lepas tu dia tahu kat ampaian mana bebudak biasa nampak langsuir bergayut bila sidai baju pukul 3 pagi.

↔Nasihat dari aku , stop being forever alone person . Huishhh , bahaya ! Nak ke kelas , ke kantin , padang , balik asrama , tandas , surau dan sebagainya tolong angkut kawan . Mustahil tak dak orang . Jangan segan nak bertanya sebab level takut tiap orang berbeza . Macam aku , aku penakut level paling atas . Ada masa aku sangat berani ada masa aku takut .

#TIPS KEDUA

Bila dapat bilik, elakkan daripada pilih katil dekat dengan tingkap. Bila tutup, rasa lemas. Bila bukak malam-malam rasa seram.Tingkap menghadap koridor bahaya sebab malam-malam dengar bunyi selipar diseret. Bila dengar betul-betul ada bunyi 'Karipap! Karipap!'Makcik Karipap biasanya datang lepas pukul 3 pagi waktu kolej dah sunyi dan gelap. Yang belum tidur, sibuk basuh baju kat toilet hujung.Ada juga yang sibuk study pakai walkman, tak perasan Makcik Karipap jenguk di luar tingkap. Siapa Makcik Karipap? Tak siapa tahu.Tapi setiap U ada Makcik Karipap. Cuba tanya senior. Yang pernah nampak kata Makcik Karipap bongkok macam nenek kebayan, pakai tudung.Muka tak nampak.Di lengannya ada bakul rotan berisi batu nisan. Kalau ditegur di sebalik tingkap 'Dik, nak karipap?' jawab lah 'tak nak'.Selagi tak dijawab, takut Makcik Karipap masuk dan tunggu di hujung katil. Ramai dah terkena. Ingat ungkapan keramat ni: tak nak!

↔ Sebelum ambik katil , bawa bincang dengan roommate baik2 na . Kalau dah tau diri kita jenis lemah semangat , janganlah tunjuk hero sangat nak dekat tingkap . Bukan aku nak mengata hang tapi ukur baju di badan sendiri dulu . Berdoalah supaya dapat roommate yang arif sikit pasal ilmu agama supaya apa2 jadi nanti dia boleh bantu hang dan kawan2 asrama .

#TIPS KETIGA

Kalau dapat katil double decker, pastikan tahu bila rakan yang tidur di atas atau di bawah masuk tidur.Nak tahu kenapa?Banyak kes terjadi bila kita tidur jam 11 malam bila member belum balik, jam 3 pagi kita dengar dia balik dan panjat katil dalam gelap.Kita tahu member kita tengah tidur sebab spring katil kat atas bergerak-gerak dalam gelap. Lepas tu kita dapat Whatsapp dari member."Bro, aku study McD dengan geng malam ni. Esok ada kuiz. Ko jangan kunci pintu" Kita rasa menggelupur nak menjerit dalam gelap.Kisah benar.Pernah terjadi.Beringat sebelum kena. Katil double decker memang selalu ada kisah mistik.

↔ yang ni paling win ! Hahaha . Dari kecik aku takut dengan katil style double decker . Apapun make sure sebelum masuk keluar bilik kawan kita tu real atau tak . Tak kisahlah apa cara , nak tampar ke apa ke . Untuk keselamatan yang berpanjangan . Lagi satu , jangan jadi pendiam sangat a.k.a pemilik suara emas . Nenek selalu pesan diam berpada2 . Kalau 24 hours senyap , tak takut ke ? Nanti nak jerit tetiba bisu .
Simpan no fon roommate elok2 . Senang nak call .

#TIPS KEEMPAT

Kalau rakan sebilik semua balik kampung dan kolej kamu hanya ada dua tiga kerat yang tak balik, jangan ambil risiko.Dulu ada kes budak yang tak balik kampung sebab malas naik bas berjam-jam. Lagipun ada member bilik atas yang tak balik.Malam itu waktu dia tidur, dia dengar budak bilik atas seret meja pukul 3 pagi. Bengang, dia pun naik atas - tapi dia tengok level tu gelap.Rupanya hanya dia yang tak balik. Takut punya pasal, dia tidur kat pondok Pak Guard sampai Subuh. ingat tu, jangan tak balik kampung.

↔ Guys , duit elaun / ptptn every sem masuk kan ?! Tergamak hang tak nak balik jumpa parents , adik beradik hang .  Simpan sikit duit tu dalam seratus dua untuk balik kampung . Awat berani sangat ni tak nak balik ???!  Kat asrama bukan tempat nak relax tau masa cuti tapi tempat ' festival takut ' ! .

#TIPS KELIMA

Kalau rasa nak buang air kecil atau air besar, buang lah sebelum tidur. Rumit kalau rasa nak terkucil pukul 3 pagi.Toilet nun di hujung koridor.Bila sampai sana, tolak pintu, tutup, lepaskan hajat. Tapi bukan lah toilet kolej kalau tak ada kisah seram.Pernah dengar cerita student pergi kencing pukul 3 pagi dan ghaib? Hilang. Lesap.Macam ditelan bumi.Sebulan cari tak jumpa.Malam tu, ada student tengah berus gigi dalam toilet pukul 11 malam. Bila dia tadah air dalam gelas nak berkumur, segumpal rambut keluar.Bila disiasat, rupanya budak yang hilang sebulan yang lepas ada dalam tangki air toilet tu.Tak siapa tahu macamana dia masuk dalam tangki.Mayat dah kembung dan perut dah pecah. Selama sebulan, students lain di level tu dah mandi air mayat... dan makan megi perisa air mayat.Hati-hati bila ke toilet ya.Itu mungkin kali terakhir kamu ke toilet sebelum hilang.

↔ sebab tu kita kena budget masa baik2 kat asrama ni . Takut jadi macam yang atas . Heeee , tegak bulu roma .

#TIPS KEENAM

Elakkan daripada membasuh pakaian selepas pukul 12 malam. Pernah dengar kisah budak nampak 'benda tu' tergantung kat ampaian?Lepas habis perah baju, dia nak sidai kat ampaian tingkat 4. Level dia dah gelap. Semua dah tidur. Tapi dia suka basuh baju malam.Waktu dia nak sidai baju di tingkat 4, dia nampak di hujung ampaian ada bantal bolster yang digantung.Dia tak ambil pusing sangat.Tapi dia perasan 'bantal' tu berhayun-hayun. Bila ditengok betul-betul, rupanya pocong tergantung di ampaian. Ingat tu! Hati-hati ya!

↔ Rare jugak kan bab2 malam ni . Bayangkan berapa tahun nak duduk asrama . Ada masa kita mesti terlajak malam . Kalau boleh , paksa diri untuk cuci kain di siang hari . Lepas balik kuliah tu boleh cuci . Sebelum pi kokum atau berpersatuan , settle dulu kain tu . Maghrib memang tak sempat nak cuci . Tak spin tak apa memang tak dak pun machine kat asrama . Kalau rasa nak solat malam , ambik wuduk awal2 na . Jangan cuba2 nak main batal2 , kentut2 . Tidur dalam posisi yang baik . Kalau nak panaskan heater masak air , isi lah masa siang .

#TIPS KETUJUH

Sesetengah bilik ada 'sejarah' tersendiri. Kadangkala sejarah hitam bilik sengaja didiamkan oleh pihak kolej.Pernah dengar kisah student dapat bilik tempat bunuh diri?Malam itu dia tidur seorang sebab member balik kampung.Nak jadikan cerita, pukul 3 pagi bekalan letrik terputus. Kipas terpadam.Lampu koridor pun tak ada.Gelap gelita.Tapi dia dengar sesuatu.Bunyi kreok kreok kreok dalam gelap.Bunyi bilah kipas siling bergerak.Tapi letrik tak ada.Dia ambil fon tepi bantal. Suluh pakai skrin.Tahu apa yang dia nampak?  seorang lelaki dewasa tergantung dari kipas dengan seutas tali pinggang. Berpusing...Berpusing...Mata terbeliak dan lidah terjelir.Bunuh diri dek patah hati.Tindakan bodoh. Dan yang paling bodoh, tak ada siapa akan beritahu kita.Setiap bilik di kolej perlu diisi. Kalau ada yang tahu bilik tu pernah ada orang bunuh diri, ada ke orang nak duduk situ? Common sense.Cara nak atasi bilik pernah jadi lokasi bunuh diri?Jangan tinggal solat.Banyakkan baca ayat-ayat suci.Dengar CD hafizhamidun pun ok.

↔ tips tambahan dari aku , kalau roommate dah inform nak balik kampung pergi booking awal  kawan2 yang masih kat asrama . Tidurlah dengan depa untuk kebaikan diri . Boleh jugak merapatkan hubungan silaturahim dan berkongsi pelbagai ilmu bila sorang dari fakulti lain yang satu lagi dari fakulti lain .

#TIPS KELAPAN - terakhir

Kalau selimut asyik terjatuh atas lantai pukul 3 pagi, jangan dikutip.Biarkan.Kenapa?Tak pernah dengar cerita?Ada student ni perasan selimut asyik terjatuh atas lantai. Mula-mula jam 1 pagi.Lepas tu 1:45.Lepas tu 3:15. Dia tidur sorang malam tu.Katil sebelah kosong sebab member balik kampung. Bila selimut 'hilang' sekali lagi jam 3:30 pagi, dia tengok di hujung kaki.Tak ada.Selimut tak ada atas lantai. Dia hairan. Bilik tidur samar-samar sebab ada cahaya dari luar.Dia cuba intai bawah katil.Pun tak ada.Mana selimut dia?Sambil baring di atas lengan kanan, dia pandang katil sebelah. Selimutnya ada di sebelah.Tapi ada 'benda' berselubung.Seolah-olah berkapan dari hujung kepala sampai ke hujung kaki.Sampai ke pagi dia tak boleh tidur.

↔ okay , repeat balik tips tambahan yang ketujuh tu . Bila member balik kampung pi lah tumpang bilik member lain . Angkut sekali barang keperluan kau terutamanya telefon , nota2 . Letak kat backpack siap2 , kalau hang tak balik kampung , pindah kat bilik member lain .

Jaga jaga ye bakal2 yg akan masuk asrama
Hehehe. ..
comment sikit reaction anda bila dh baca yg kat atas tu . Biarpun aku kopi pasta je segala tips kat atas , harap dapatlah bantu sapa yang nak masuk asrama tu persiapkan diri . Binalah satu kehidupan baru kat sana . Takut jangan melampau2 , berani jangan keterlaluan . Bagi yang beragama Islam jangan tinggal solat dan berkawanlah dengan al-quran . Mohon perlindungan Allah untuk diri , keluarga kat rumah dan semua kawan2 yang menetap kat asrama . Bagi yang beragama lain pula , boleh berdoa mengikut kaedah masing2 . Kalau ada rezeki , Insha Allah bulan 7 tahun ni aku lapor diri kat IPG . Tak tau lagi IPG mana . Nanti ada masa aku cerita lagi tau pasal pengalaman masa UKCG , interview IPG dan yang berkaitan . Stay tuned ( kalau sudi , recommendlah blog kami dengan kawan2 hangpa ) . I wish you all the best yang bakal menetap kat asrama dan telah menetap . Nahhh , bunga untuk hangpa . 🌷

Love from , Mya 💘

Comments

Popular Posts