Pemilihan Aliran Di Tingkatan Empat
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada sesiapa yang terbaca post yang tak seberapa ini . ( Maaf ya , aku bukan nak jadi skema tulis dalam bahasa melayu baku ni . )
Terlebih dahulu aku ucapkan selamat maju jaya kepada junior-juniorku di SMK Silabukan Lahad Datu , Sabah yang bakal menduduki PT3 bagi tahun 2017 . Dan juga kepada adik-adik yang lahir pada tahun 2002 . Selamat menjawab dalam peperiksaan . Jangan meniru , Allah nampak !
Jom kita imbas kembali sikit memori kakak engkau ni . Aku duduk PT3 pada tahun 2015 . Dan untuk pengetahuan kau orang semua , kami merupakan generasi pertama yang jawab PT3 . Susah gila weh soalan dia . Tapi alhamdulillah aku masih berpeluang kumpul 5A . Bagi aku itu satu perubahan yang baik . Masa UPSR dapat 1A 4B . Dan sekali lagi untuk SPM 2016 aku dapat 5A !!! Kembang dua puluh lima inci hidung aku masa tu . Hahaha .
Kau sudah bersedia nak naik Tingkatan 4 ? Ramai akan kata bersedia . Namun hakikatnya hanya ada dua kemungkinan . Kau akan jatuh teruk ataupun kau akan serasi dengan pilihan kau . Jangan terlalu mengejar populariti . Umur kau masih muda .
Pilih aliran yang serius sesuai dengan kecenderungan kau . Ada dua aliran , sains dan sastera . Nak jadi doktor , saintis , angkasawan , jurutera ? Kau boleh ambil aliran sains tulen . PASTIKAN KEPUTUSAN PT3 KAU GEMPAK . Terutamanya subjek major Sains dan Matematik . Sains ekstrem pun ada . Kau tanya kakak dan abang kau yang ambil bidang ni .
Kemudian aliran sastera . Aku tahu sesetengah orang dalam dilema bila dengar aliran sastera . Ini bukan aliran terburuk ya dalam pendidikan . Seperti budak sains yang keputusan peperiksaan mereka tiap tahun merecik , budak sastera pun sebiji sama .
Di sana kau berpeluang memilih subjek apa yang kau akan ambil untuk SPM . Sama ada Prinsip Perakaunan , Matematik Tambahan , Ekononomi Asas , Perdagangan , Geografi , Tasawwur Islam , Kesusasteraan Melayu dan Pendidikan Seni Visual . Ada sekolah siap bagi pakej . Satu pakej ada tiga subjek tambahan termasuk enam subjek teras . Jadilah pelajar yang bijak . Jangan ikut kawan . SPM nanti kawan kau tu tak kongsi meja pun dengan kau .
Rasanya tak apa kan kalau aku selitkan kisah aku sikit . Masuk saja Tingkatan Empat aku terbabas ke kelas Perakaunan . Alamat jadi rusa terkena strok . Keputusan aku dalam setahun tu jatuh gila . Dalam masa yang sama aku ambil Kesusasteraan Melayu , Tasawwur Islam , Ekonomi Asas dan Pendidikan Seni Visual . Semester dua aku tak dapat bertahan lama lagi . Aku jumpa SU Peperiksaan sekolah aku minta keluarkan subjek Prinsip Perakaunan dan Matematik Tambahan . Nasib baik cikgu tu okey . Sampai kena sembur aku dan kawan-kawan aku yang buang subjek Perakaunan oleh Ketua Panitia Prinsip Perakaunan . Dia cakap kau nak jadi apa ambil Kesusasteraan . Sudahlah sekolah di luar bandar . Malu juga aku masa tu . Sejak hari tu aku bercadang nak jadi insan paling berguna . Pedulilah apa dia nak cakap yang penting itu keputusan aku .
Kalau kau jenis yang suka bersukan dan juga seorang atlet , baik kau ambil Sains Sukan . Cikgu seni aku pernah cakap bidang tu ada di universiti . Dan yang paling beruntung , ada biasiswa khas . Hanya untuk sains sukan sahaja .
( Kredit : Cikgu Amir Asayuti ,kini beliau merupakan jurulatih sofbol kebangsaan )
Rasanya cukuplah sampai sini entri kali ni . Ada masa aku sambung lagi . Rasanya banyak kekurangan dalam nukilan yang aku cuba sampaikan . Minta maaf atas segala kekurangan . Nukilan ini dicoret berdasarkan pengalaman tuan empunya diri .
Salam sayang ,
Mya Sunbae

Comments