Khasiat Si Epal Hijau

Epal hijau seringkali dikaitkan dalam diari diet seseorang . Hal ini kerana epal hijau dipercayai mampu membantu seseorang untuk menurunkan berat badan dan mendapatkan berat yang ideal . Selain itu , datangnya bersama rasa masam manis membuatkan semangat untuk maintain ketika berdiet sentiasa membuak-buak . Ikuti kupasannya .

👉Epal hijau mengandungi zat besi, magnesium, potasium, kalsium, soldium, vitamin C, vitamin A dan vitamin B serta merupakan sumber serat dan mudah larut. Kita digalakkan memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.

Epal hijau boleh membantu mencegah:

🍏Pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.

🍏Mengurangkan risiko penyakit jantung.

🍏Membantu kesihatan membran paru-paru.

🍏Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.

🍏Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.

🍏Membantu mengekalkan berat badan.

🍏Mengurangkan tekanan penyakit asma.

🍏Mengurangkan risiko barah.

👉Bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman, kisarkan epal hijau dengan saleri dan diminum setiap pagi sebelum sarapan. Ia dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan. Zat masam epal hijau merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.

👉Epal hijau juga bertindak sebagai penyegar kulit wajah. Potong epal hijau dan rendamkan seketika di dalam air batu selama 5 minit. Kemudian letakkan di muka, biarkan selama 15 minit. Anda akan dapat rasakan kesegarannya. Jika diamalkan selalu ia boleh melicinkan kulit.

🌻🌼🌻🌼 Sekian sahaja kupasan Mya tentang epal hijau 🍏 . InsyaAllah sekiranya ada kelapangan Mya akan post entri baru . Daaaa , Assalamualaikum .

👇👇👇 Pickupline 👇👇👇
Ira : Antara saya dengan epal hijau siapa lebih yang lebih sihat ?

Aiman : Epal hijau menyihatkan tubuh saya , awak menyihatkan hati saya !!!

Love ❤from Mya .. 

Comments

Popular Posts