My life planning

Hai again ! Ok kali ni Mya nak cerita sikit pasal rancangan hidup Mya . Rasa happy masih tak lepas lagi sebab dah berjaya buat first blog atas usaha sendiri ! Tak jugak sendiri adalah tengok2 blogger2 orang lain tentang cara2 nak buat blog . And Mya nak ucap terima kasih kat lessons yang depa beri secara percuma . Hanya Allah yang dapat membalasnya . Actually , Mya mula2 minat nak menulis mula daripada Tahun 5 . Dah mula tulis-tulis diari kecik dengan kawan . Pastu Mya angkut segala biodata Mya dan kawan-kawan letak kat dalam diari sekali . Rindu tau masa tu ! Diari yang paling legend tu Mya dah buang entah kat mana dah . Hurm sedih . Lepas tu , bila masuk sekolah menengah Mya masih ingat masa tu umur Mya baru 14 tahun ( Form 2 ) . Ada seorang cikgu perempuan ni nama dia Cikgu Dayang Mariam ( guru bahasa Melayu ) . Dia kata Mya ada bakat dalam penulisan . Rasa dihargai pulak kat situ . Mya cuba dan cuba buat blog masa umur 15 tahun tapi tak dapat . Huwaa , sedihnya ! Okay , tak nak sedih lagi . Lets back to our story from begin . Pertama , Mya berhasrat nak tulis cerpen , novel dan puisi moden kat dalam blog . Nak letakkan cerita-cerita harian Mya . Banyak nak cerita tau ! Nak kongsi tentang macam-macam info . Kedua , Mya buat blog sebab nak tambah ilmu pengetahuan kat dada . Baru habis sekolah apa sangatlah yang Mya boleh cakap . Tu pasal Mya suka jadi pendiam . Senyum pun kadang-kadang je . Nasib baik tinggal kat Perlis ni jiran semua baik-baik . Alhamdulillah . Mya minat jugak tau berniaga . Tapi ilmu tentang perniagaan tak tahu banyak mana . Setakat minat tu semua emosi je tak lebih dari tu . ( hehe , ayat Mak Cun 3 ) . Mya mahir tau buat diy . Sebab kat sekolah Mya ambik seni . Adalah sangkut - paut ilmu dia sikit . Mya dah niat nak kumpul modal nak mula bisnes . Tapi kena study lagi supaya hasil dia mantap ! Masa zaman Saidina Umar , selagi seseorang tu belum habis menuntut ilmu perniagaan , adalah dilarang untuk dia memulakan perniagaan . Indahnya zaman sahabat ! Mya rasa nak kongsi pelbagai resipi , tips dan macam-macam lagi . Berat mata sebab mengantuk dan tak elok jadi burung hantu , so I decide untuk tulis sampai sini je dulu . Daaaa Love from Mya ❤

Comments

Popular Posts