CERPEN : MR LASER ( KARYA ASLI MYA SUNBAE )

Streetttttt ! Pon pon pon !!!

" Hoi ! Kau ni buta ke apa ? Tak nampak aku nak masuk parking ni ?!!! " , pekik Shahrizz dari dalam kereta .

Akibat terkejut , habis terjatuh beg-beg plastik yang berisi buku rujukan Adriana . Buku-buku yang baru sahaja dibelinya di kedai buku buat anak muridnya bertaburan di atas tar . Dia kelam-kabut mengutipnya kembali sebelum bergegas meminta maaf kepada pemandu tadi .

" Minta maaf encik . Saya tak sengaja . " , kata Adriana . Serius dia tak nampak kereta nak masuk parking tadi . Lagipun kotak parking lain kan masih banyak .

" Banyaklah maaf kau . Mata kau letak kat mana ? Pakai empat biji mata pun tak cukup lagi ke nak aku tambah dua biji mata baru untuk kau ?! " , balas Shahrizz sinis . Siapa tak kenal dengan mulut laser kuasa sepuluh milik Shahrizz Rayyan anak kepada Dato Mikail dan Datin Sunny . Baru invest sepatah perkataan , bertempiaranlah para manusia . Tetapi bukan untuk kali ini !

" Terima kasih banyak-banyak atas sumbangan dua biji mata daripada saudara . Nampaknya sekarang siapa yang tidak bermata ? " , balas Adriana . Dia sebenarnya malas nak layan ragam pemandu berlagak Star Wars ni . Asyik nak laser orang je .

" What ?! Hey , yang kau terkedek-kedek jalan kat tempat yang aku nak parking kereta apa hal ? Lecehlah kau ni !" , tengking Shahrizz . Makin lama makin menyirap darahnya apabila gadis berkaca mata di hadapannya membalas percakapannya .

" Hahhh , baguihlah hang dah tau leceh . Hok ni pun ada parking lebih awat tak bina apartment sekali . " , lancar Adriana menyerang Shahrizz . Ini tidak adil !

" Kepala bana pak hang ! Mata sepet macam cina ada hati nak pakai loghat utagha . Ni mesti muka-muka suka tengok cerita korea . " , balas Shahrizz menuang minyak petrol Ron 95 ke dalam api yang marak . Bulat mencerlung mata Adriana diperkatakan sedemikian . Hampa tau dak mak aku orang Korea . Pak aku orang Malaysia .

" Jeoleul yongseohaejusibsio joechaeggam-eul sa . ( Minta maaf encik . Rasanya kalau nak tambah dosa menghina boleh hantar borang kat media sosial . Permohonan jawatan tukang kecam ) " , balas Adriana dalam bahasa Korea . Nak sangat aku speaking kan . Ambil engkau .

" What are you talking about ? " , Shahrizz semakin bengang . Kalau adik perempuan dia memang kena debik ni . Nasib baik anak orang .

" Annyeong. Balagileul dangsin-ui haluga deo aghwa doeneyo. ( Selamat tinggal encik . Semoga hari anda bertambah malang ) " , pamit Adriana sebelum meloloskan tubuhnya ke dalam kereta Porche pemberian omma . Nak aku jahat sangat kan . Minta-minta jadi , gerutu Adriana dalam hati .

Bersambung .

Comments

Popular Posts