CERPEN : KISAH TERAKHIR ( KARYA ASLI MYA SUNBAE )
Haina Zarfiyah , seorang gadis berkulit kuning langsat menjadi dambaan hati tiap-tiap pelajar lelaki di kolejnya . Kolej Sri Wardina , sebuah kolej swasta yang berprestij tinggi dalam mengungguli kecemerlangan akademik dan kokurikulum di Malaysia . Haina seorang remaja perempuan yang paling bertuah di Malaysia apabila tersenarai menjadi calon terpilih untuk memasuki kolej tersebut . Umum mengetahui bahawa hanya anak-anak orang berada sahaja yang akan memasuki KSW . Untung ayam nampak di kaki , untung manusia tiada siapa yang tahu . Begitulah keadaan dirinya apabila berpeluang menerima biasiswa daripada kolej itu . Melangkah masuk sahaja kakinya ke dalam kelas membuatkan 30 puluh pasang mata merenung tiap perincian wajahnya . Comel , bisik hati Tengku Zafran . Dia melemparkan senyuman manis kepada gadis itu malangnya tidak berbalas . " Hai ! Awak boleh duduk kat sebelah saya . Nama saya Ummu Syarizza . " , pamit seorang gadis bertudung labuh . Zarfiyah hanya tersenyum mena...